Hamid Gurkha Johan Bintang Radio RTM Hamid_Gurkha

Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.Kemudian Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menawarkan beliau membuat persembahan pentas. Sejak itu beliau bergerak di bawah kementerian .Tidak lama kemudian, Datuk Jamali Shadat (pelawak) mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

Pada era 80-an, filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1986), dan Main-Main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat. Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Filem Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan terbaru, Alamak Toyol (2011).[3]